Pada jam 3.50 petang tadi, jenazah pemuzik dan komposer terkenal tanah air era 1990-an, Ross Ariffin atau nama sebenarnya, Roslan Ariffin Jamil, 63, telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (Baru) Sungai Kantan, dekat sini.
Sebelum itu, jenazah dibawa dari Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang ke Surau Muhibbah, Taman Muhibbah untuk dimandi dan dikafankan serta disolatkan.
Bacaan talkin diketuai Imam Surau Muhibbah, Taman Muhibbah, Aliff Iskandar Mohd Asri, termasuk rakan-rakan arwah iaitu penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras turut hadir mengiringi arwah.
Klik untuk gambar besar
Begitu juga kelibat warisnya sedangkan mereka hadir ke Unit For£nsik, Hospital Permaisuri Norashikin untuk proses tuntutan jenazah.
Bagaimanapun, Allahyarham Ross menerima penghormatan terakhir daripada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang hadir ke unit for£nsik pada tengahari tadi.
Berita pemergian Ross dikongsikan oleh Fahmi dalam hantarannya di akaun media sosial milik beliau.
Sewaktu hayatnya, Allahyarham pernah menciptakan lagu penyanyi hebat tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Liza Aziz, Ning Baizura Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.
Lagu 'Kau dan Aku' dendangan Ning Baizura pernah memenangi Anugerah Juara Lagu bagi kategori Pop Rock pada 1995 dan kekal popular hingga kini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment