"Daddy gar@ng. Nampak depan (kamera) dia cium kita, dia beri semangat. Tapi, ayah mana yang tidak gar@ng (terhadap anak). Tapi, ada jugalah masa dia (daddy) manja dengan kita.
"Saya pun tak cakap dia gar@ng 'all the time'. Daddy gar@ng sebab nak disiplinkan kita. Kita (saya) pun masih kecil dan takkan semua benda kita cakap betul.
"Kenalah ada nasihat daripada orang yang lebih tua. Cuma, walaupun daddy gar@ng tapi dia tidak pernah pukvl saya. Sekali sahaja pun, daddy tak pernah pukvl saya."
Itulah kata anak gadis pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Dzakira Talita Zahra, 12, dimana dia menyifatkan bapanya itu sebagai individu yang gar@ng walaupun nampak di hadapan kamera mereka sangat mesra.
Bagaimanapun, jelas Talita atau mesra disapa Dekta, dia menerima sifat gar@ng bapanya itu dengan p0sitif kerana sehingga kini Shuib amat penyayang dan tidak pernah 'naik tang@n' memukvlnya.
Klik untuk gambar besar
"Keluarga, daddy dan datuk banyak tolong saya. Kami semua bekerja sebagai satu pasukan dan ia sangat membantu persiapan untuk persembahan saya.
"Apapun, saya akan cuba buat yang terbaik pada setiap minggu konsert. Semoga semua orang terhibur," tuturnya.
Sementara itu, Shuib mengakui, dia memang seorang bapa yang gar@ng, namun ia gar@ng bertempat kepada anak-anak supaya dapat membentuk disiplin diri yang baik buat cahaya matanya itu.
"Saya memang gar@ng untuk melatih dan mendisiplinkan anak. Saya mahu mereka fokus dalam apa yang dilakukan, itu sahaja.
"Macam dengan Talita, dia kata saya gar@ng tapi bertempatlah. Malah, dari dia (Talita) kecil sampai sekarang, saya tak pernah pukul dia walau sekali," jelasnya.
Untuk makluman, Talita adalah anak kedua Shuib bersama isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia empat tahun lalu akib@t C0V1D.
Selain Talita, tiga lagi adik-beradiknya ialah Uwais Al-Qarni, 14, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment