"Kenyataan fitn@h? Di mana awak pada 10 Julai 2025, tarikh mahkamah pertama? Dah diberitahu tapi tak hadir. Kalau saya fitn@h, beritahu bahagian mana?
"Tempat kau berpij@k tu ada undang-undang. Dan ini urusan undang undang. Nak sam@n aku? Pastikan kau telus pada peguam kau tentang isu sebenar.
"Secara peribadi pun sudah saya cuba, tetapi awak tetap tak beri kerjasama. Mahkamah sendiri tak dapat hubungi awak, ahli keluarga pun tidak membantu.
"Kau nak sam@n aku? Silakan... buat! Pada satu hari nanti, Nada akan cakap pada kau 'You're my en£my since the day you att@ck my mom'."
Klik untuk gambar besar
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Fara menyifatkan tindakan Shuk sebagai cubaan mengalihkan perhatian, selain menjelaskan, dia sudah cuba berurusan secara baik.
Namun dakwa Fara, suaminya itu tidak memberikan sebarang kerjasama, termasuk gag@l hadir ke perbicaraan mahkamah pertama mereka yang berlangsung pada 10 Julai lalu.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini men£gaskan, dia akan terus memperjuangkan hak anak mereka sehingga ke akhir dan menyerahkan segala urusan kepada pihak berkuasa.
Jelas Fara lagi, dia tiada niat untuk mendedahkan perkara peribadi secara umum, sebaliknya ia dibuat selepas pelbagai usaha secara tertutup gag@l membuahkan hasil.
Malah baginya, tindakan Shuk untuk membawa isu ini ke muka pengadilan seolah-olah cuba menutup kegag@lannya menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.
Disamping itu, Fara yang mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand ini turut memberitahu, pengesahan pernikahan dan penceraian adalah penting untuk urusan pendaftaran kelahiran anak mereka, Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
Pada April lalu, Fara mendakwa Shuk telah melafazkan cerai talak satu menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand, namun isu pengesahan nikah dan cerai mereka masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment