10 September 2025

AMIRA OTHMAN NAFI ADIK TUMPANG POPULARITI - IRFAN HARIS AKUI MUDAH TERSENTUH, MENANGIS BILA DAPAT DUET DENGAN KAKAK



"Apa-apa yang melibatkan keluarga dan kakak saya memang jadi lebih s£nsitif. Semua orang tahu betapa rapatnya saya dengan mereka.

"Saya bertuah sebab dapat kakak yang sangat baik dan supportive. Ibu bapa saya pun sama."

Itulah ujar penyanyi Irfan Haris, 24, yang dilihat tidak mampu menahan sebak ketika sidang media lagu terbaharu bersama kakaknya, penyanyi Amira Othman berjudul 'Rasa & Takdir'.

Kata Irfan, sokongan keluarga terutama kakaknya itu menjadi penguat serta tulang belakang buat dirinya.

Klik untuk gambar besar

Kongsi Irfan lagi, cerita berkaitan peng0rbanan Amira juga mudah membuatkan dia tersentuh hati.

Dalam pada itu, Irfan memberitahu, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berduet bersama kakaknya, namun hanya terlaksana selepas menemui lagu yang sesuai buat mereka.

"Lagu ini sebelum keluar pun saya dah sedih. Ia bukan macam lagu-lagu saya yang lain. Saya ini pandai buat lagu sedih cinta-cinta, tapi tak menangis.
"Tapi lagu ini memang senang menangis sebab ada kakak saya. Ia lain, ada bonding yang luar biasa," tuturnya yang turut berkongsi, proses menghasilkan lagu tersebut cukup menyentuh em0si buat dirinya.

Sementara itu, Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman, 32, tampil mempertahankan adiknya yang dikatakan menumpang popularitinya yang sedang meningkat naik.

Jelas Amira, tiada istilah menumpang antara mereka, sebaliknya dia dan adiknya itu saling menyokong dan membantu untuk terus berkarya dalam dunia seni.
"Dia bukan menumpanglah, walaupun saya ada keluarkan kenyataan yang saya menumpang rezeki Fattah, tapi ini hanyalah asbab.

"Saya sama-sama dengan Irfan, sedikit sebanyak dia banyak membantu dan harap sedikit sebanyak dapat beri semangat untuk teruskan kerjaya.

"Apa-apa pun kami sama-sama melengkapi dan bersyukur dengan rezeki itu, adatlah bila diuji dalam seni kerana itu adalah lumrah," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: