25 September 2025

ANAK SATHIYA DEDAH HANYA DUA RAKAN ARTIS YANG DATANG ZIARAH BAPANYA : "LAIN TAK DATANG, TAK TAHU DIORANG TAHU KE TAK"



"Ayah dah okay tapi high bl00d pressure. Pemb£dahan pun selamat berjalan. Doktor nasihat jangan makan makanan yang tinggi gula dan kena makan banyak. Jika boleh, buat senaman ringan."
Demikian kata anak sulung kepada pelawak dan pelakon, Sathiya iaitu Amani, dimana dia memaklumkan, keadaan bapanya kini stabil, namun masih perlu dipantau akib@t mas@lah tek@nan dar@h tinggi.

Pelakon yang pernah popular menerusi sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu sebelum ini selamat menjalani pemb£dahan pemot0ngan kaki kirinya di Hospital Ampang.

Kongsi Amani, selain peny@kit k£ncing manis yang telah dihidapi bapanya sejak 10 tahun lalu, pemb£dahan itu terpaksa dilakukan kerana mas@lah saraf yang tidak berfungsi.

Selain itu, Amani turut mendedahkan, selepas bapanya itu jalani pemb£dahan, hanya dua rakan artis yang hadir menziarahi Sathiya.

"Dpm Jegan dengan Caca Raja Lawak sahaja yang datang. Lain tak datang, tak tahu diorang tahu ke tak. Selain daripada itu, family saya dan pasangan saya," ujarnya.

Ditanya mengenai kos rawatan pula, Amani menjelaskan, mereka masih belum mengetahui jumlah caj sebenar dan setakat ini belum menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak.

T£gas Amani lagi, kesihatan bapanya itu menjadi keutamaan, namun mereka sekeluarga tetap akan menyokong sekiranya Sathiya mahu kembali berlakon.

"Kami mahu ayah sihat sahaja sebab masa kecil kita tak tahu apa-apa, bila dah dewasa boleh jaga ayah. Kalau ayah nak kerja juga, kami kasi sebab itu minat ayah. Kalau nak sambung, kami akan tetap sokong," tuturnya.

Disamping itu, akui Amani, mereka sekeluarga terkejut namun reda dengan ketentuan Tuhan ketika ditanya mengenai reaksi awal selepas mendapat tahu mengenai keadaan Sathiya.

"Pertama kali tahu memang terk£jut tapi apa yang penting kena terima. Tuhan dah tentukan. Kalau betul-betul sihat dalam sebulan atau tiga, ayah pasang kaki palsu tapi tak pasti lagi sebab ayah kena exercise, makan ubat dan banyak pantang lar@ng," kongsinya.

Sebelum ini, Sathiya pernah memaklumkan kaki kirinya beris1ko dipot0ng sekiranya jangk1tan semakin mer£bak, namun pada 1 September lalu, pelakon itu berkongsi bahawa pemb£dahan itu tidak perlu dilakukan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: