09 September 2025

BAL4S HANTARAN PEMINAT - FAZURA AKUI DIA WANITA BERSYUKUR & GEMBIRA BERSAMA ANAKNYA, FATIMA



"Saya adalah wanita bersyukur dan gembira bersama cinta hati saya, Fatima di sini," demikian tulis pelakon dan usahawan, Nur Fazura, 42, dimana dia meluahkan rasa syukur dengan kehidupan kini sebagai seorang ibu membesarkan anaknya, Nur Fatima Aisya.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, yang berkongsi luahannya itu menerusi ruangan komen di Thr£ads, juga memberi gambaran kebahagiaan bersama puteri tersayangnya.

Komen tersebut ditulis Fazura ketika membal@s hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengikut di laman berkenaan yang menggunakan nama akaun 'Iamfarahanaamira'.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran itu, pemilik akaun bernama 'Iamfarahanaamira' mendoakan agar Fazura terus kuat menjalani kehidupannya kini, selain berkata, status sebagai ibu tunggal juga dilihat sebagai satu perjalanan yang cukup indah untuk mencipta lebih banyak memori bersama Fatima.

"Saya cuma ingin mengingatkan bahawa bersendirian bukanlah satu kelem@han. Ia adalah peluang untuk menemui lebih banyak kekuatan, mencipta kenangan indah bersama Fatima yang tersayang dan menghargai cinta yang benar-benar bermakna.

"Anda adalah seorang wanita dan ibu yang hebat, yang layak mendapat seorang lelaki yang menghormati, menghargai dan memberikan anda cinta serta kebahagiaan yang anda layak terima.
"Teruskan kuat, teruskan anggun, dan ketahuilah bahawa hari-hari yang lebih cerah sedang menanti anda dan Fatima. Sentiasa di pihak anda dan sayang anda," katanya.

Untuk makluman, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: