Selepas gag@l melunaskan bayaran sam@n fitn@h RM281,000 seperti diperintahkan mahkamah, ahli perniagaan Datuk Haris Embong, 48, dan Arisprop Holdings Sdn Bhd akan mengambil tindakan susulan termasuk meny1ta aset atau memfailkan kebankr@pan terhadap selebriti, Rafidah Ibrahim.
Kata Haris yang juga Pengarah Urusan Arisprop, tindakan itu adalah langkah terakhir selepas keputusan mahkamah pada 31 Julai 2024 yang memihak kepada beliau dan Arisprop Holdings masih belum dipatuhi Rafidah sehingga kini.
"Kami sedang meneliti pilihan sama ada meny1ta aset atau memfailkan kebankr@pan terhadap Rafidah Ibrahim kerana sehingga kini tiada bayaran dibuat," jelasnya pada sidang media, hari ini.
Ujarnya lagi, langkah terbabit penting demi memastikan keputusan mahkamah dihormati serta menjaga kepentingan syarikat sejak sam@n fitn@h itu difailkan pada November 2021.
Ia difailkan susulan dua hantaran Rafidah di media sosial pada September dan Oktober tahun sama mendakwa wujud melakukan tidak berm0ral, manakala syarikat Arisprop pula dituduh mengamalkan perniagaan tidak beretika.
"Sejak isu itu, saya dan syarikat berdepan pelbagai persepsi neg@tif, dihujani tuduhan serta komen netizen sehingga menj£jaskan reputasi kami. Saya tiada pilihan selain menuntut hak melalui saluran undang-undang," tuturnya.
Jelas Haris, bagi memastikan penghakiman dilaksanakan, dia dan pihak syarikat mendapatkan nasihat guaman daripada firma Tetuan Izral Partnership berhubung tindakan lanjut yang boleh diambil.
Dalam pada itu, beliau turut men£gaskan tindakan undang-undang itu bukanlah soal dend@m peribadi, sebaliknya membersihkan namanya serta syarikat daripada tuduhan tidak berasas dan memastikan keadilan ditegakkan.
Terdahulu, Haris menuntut Rafidah untuk membayar ganti rvgi RM281,200 kepadanya dan syarikatnya dalam tempoh tujuh hari. Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Julai tahun lalu.
Sekiranya gag@l membuat pembayaran itu dalam tempoh masa ditetapkan, Haris menyatakan akan mengambil tindakan lanjut terhadap aktivis berkenaan.
"Sudah 422 hari berlalu sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Namun, masih belum mematuhi terma-terma pembayaran ganti rvgi dan kos berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga hari ini," katanya.
Pada 20 Ogos 2024, firma guaman mewakili Haris dan syarikat sudah mengeluarkan n0tis menuntut pembayaran daripada Rafidah berhubung keputusan itu. Bagaimanapun, tiada sebarang maklum bal@s terhadap n0tis itu.
Kemudian, n0tis tuntutan kali kedua pada 19 September lalu di mana Rafidah diberi masa selama tujuh (7) hari untuk mematuhi keputusan mahkamah. Peguam Rafidah sahkan terima n0tis itu pada 22 September.
Rafidah juga ada memfailkan rayuan pada Ogos 2024 kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu. Dia tidak mengambil sebarang tindakan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit sementara menunggu penentuan rayuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment