26 September 2025

INGAT PESANAN SARIMAH AHMAD - SADIQ KATA POPULARITI NENEK & BAPA, M JAMIL TAK BUKA JALAN MUDAH JADI ARTIS : "SEMUANYA USAHA SENDIRI"



"Sebenarnya daripada awal lagi mereka tidak galakkan untuk ceburi bidang (seni) ini sebab industri bukan satu benda yang mudah dan terlalu banyak cab@rannya.
"Saya ambil itu sebagai semangat. Saya masuk industri ini juga tanpa bantuan mereka (nenek, Sarimah Ahmad dan bapa, M Jamil). Mereka tidak bantu untuk dapatkan tawaran berlakon. Semuanya usaha sendiri."

Demikian jelas pelakon baharu, Sadiq Jamil, 26, yang men£gaskan, dia tidak pernah terfikir untuk menumpang populariti bapanya yang juga pengarah dan pelakon, M. Jamil serta neneknya iaitu seniwati legenda, Sarimah Ahmad, meskipun dilahirkan daripada keluarga seni.

Menurutnya lagi, kedua-dua figura itu hanya memberikan nasihat untuk men£mpuh realiti dunia hiburan dan tidak pernah membuka jalan pintas buat dirinya mendapatkan tawaran berlakon.

Disamping itu, Sadiq berkata, walaupun tidak menerima bimbingan secara langsung dalam aspek lakonan, keluarganya tetap menasihatinya menjaga disiplin diri ketika membawa nama sebagai anak seni.

"Jadi sekarang ini mereka hanya suruh buat yang terbaik, selain beri nasihat mengenai kehidupan. Antaranya adalah sentiasa merendah diri, sedar diri dan banyak lagi," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: