17 September 2025

ISU K0NTRAK PENYAMPAI RADIO DITAMATKAN - ISSEY AKUI BIMBANG JIKA PERKARA ITU BERLAKU PADANYA



"Saya juga bukan seorang pelakon yang bagus dan tahu tahap kekuatan dan kualiti kita di mana. Alhamdulillah, saya seronok menjadi penyampai radio kerana banyak benda yang dipelajari dan tahun ini sudah sembilan tahun saya berkhidmat dengan stesen radio sejak 2016.
"Sebagai penyampai kita kena tahu apa yang kita kena buat dan apa yang tak boleh. Saya sendiri bekerja dengan stesen radio Gegar di Pantai Timur dan kena kenal pasti pendengar dan 'target market' stesen macam mana.

"Saya juga risau dengan isu (k0ntrak ditamatkan) yang diperkatakan itu sebab itulah, saya sudah buat persiapan dengan membuka pr0duksi sendiri kerana memang minat kerja belakang tabir.

Demikian kata pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, 35, dimana dia tetap mengutamakan kerjayanya di stesen radio sejak sembilan tahun lalu, walaupun selesa dengan kerja belakang tabir.

Jelas Issey, dia juga lebih memilih kerjaya sebagai penyampai radio berbanding bidang lakonan, selain turut mengulas isu k0ntrak membabitkan penyampai sebuah stesen radio lain yang ditamatkan, dimana dia juga bimbang jika perkara itu berlaku padanya.

Dalam pada itu, Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 38, berkata, dia juga dibantu isteri, rakan kongsi dan pasukannya untuk menguruskan pr0duksi itu.

"Sebagai penyampai radio, saya juga ada sedikit masa untuk terbabit dengan pr0duksi. Isteri juga sanggup berhenti kerja untuk membantu saya menguruskan pr0duksi kami," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Issey juga terbabit sebagai pengacara sempena Kelate Charity Festival 2025 yang dianjurkan buat julung kalinya di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan bermula hari ini hingga 20 September ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: