05 September 2025

ISU TARIK DIRI - INTEAM MOHON MAAF PADA PENGANJUR KONSERT, TAMPIL JELASKAN



Anggota kumpulan nasyid popular, Inteam iaitu Muhammad Hazamin Harun tampil memohon maaf kepada penganjur serta menjelaskan mengenai tindakan mereka menarik diri dari Konsert Inteam X Hijjaz : Konsert Nur Kasih.
Katanya, kumpulan Inteam terpaksa menarik diri dari konsert terbabit kerana sudah menandatangani satu k0ntrak dengan penganjur lain untuk konsert skala besar Inteam pada awal tahun depan.

"Kami mohon maaf kepada penganjur dan semua yang terbabit. Sebenarnya, selepas keputusan itu dibuat, ada beberapa lagi konsert dan acara yang membabitkan jualan tiket yang meletakkan Inteam sebagai artis utama terpaksa kami tolak.

"Ia bagi melaksanakan komitmen dan tanggungjawab untuk memenuhi terma-terma dalam k0ntrak yang tidak membenarkan kami terbabit dalam sebarang acara yang membabitkan jualan tiket sedemikian," ujarnya.

Selain Muhammad Hazamin, kumpulan Inteam dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman.

Sementara itu, ditanya mengenai konsert lagi, Muhammad Hazamin memberitahu, pihaknya juga mencadangkan kumpulan nasyid UNIC sebagai pengganti kepada penganjur berkenaan.

Dengan ketiadaan Inteam, konsert itu ditukar kepada Konsert Cinta Rasul yang akan dijayakan kumpulan Hijjaz dengan penampilan khas UNIC dan Rabbani.

"Alhamdulillah, kumpulan UNIC bersetuju dan ditambah pula dengan gabungan Hijjaz dan Rabbani. Bagi kami, gabungan Hijjaz, UNIC dan Rabbani cukup kuat dan lebih hebat serta mampu menjadikan acara terbabit lebih memberi imp@k," katanya.

Terdahulu, penganjur Konsert Inteam X Hijjaz : Konsert Nur Kasih terpaksa akur dengan ketiadaan kumpulan nasyid popular, Inteam yang menarik diri pada saat akhir kerana terikat dengan k0ntrak bersama pihak lain.

Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Kamrol Isam Mohd berkata, pihaknya tidak mahu menyal@hkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku itu.

Jelas Kamrol lagi, pihaknya dimaklumkan Inteam bahawa mereka terikat dengan k0ntrak yang sudah ditandatangani dengan pihak lain.

"Dari kena sam@n lebih baik mereka tarik diri. Pihak kami juga tidak mahu ada apa-apa mas@lah dengan mana-mana artis, termasuk kumpulan Inteam dan hormati kehendak (keputusan) mereka," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: