"Hari ini (baru-baru ini) saya buat keputusan untuk menukar nama kepada yang asal. Ibu tanya tak nak ke guna nama betul sebab saya pun nak buka buku baharu.
"Biarlah Haneesya Hanee diingati dengan cara sebegitu. Saya harap pakai nama sendiri membolehkan lebih banyak hal baik berlaku.
"Insya-Allah. Saya percaya kata-kata seorang ibu. Kalau dia cakap, kita ikut sahajalah. Semoga Sharifah Haneesya bersinar terang."
Itulah jelas Haneesya Hanee, 25, dimana pelakon dan model itu mengesahkan dia kini menggunakan nama sebenarnya iaitu Sharifah Haneesya dalam urusan kerjaya.
Klik untuk gambar besar
Hantaran tersebut disertakan dengan dua foto bersama ibunya, Nor Hasnida, 55, yang menunjukkan kegembiraan dan wajah teruja mereka.
Dipercayai, tindakan menukar panggilan kepada Sharifah Haneesya berikutan namanya dipetik semula berkaitan kontr0versi mahkota kemenangan dalam pertandingan ratu ditarik balik yang menjadi ungk1tan.
Sebelum ini, Haneesya memilih untuk mendedahkan perkara sebenar berhubung isu video di kel@b mal@m yang kembali tular, selepas lapan tahun.
Ujarnya, dia terpaksa bersuara memandangkan masih ramai yang terus membuat sp£kulasi li@r berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Haneesya turut mengulas mengenai gambarnya yang memakai tudung sambil menampakkan paha yang ters£bar di media sosial, dimana dia mengakui, dirinya menjadi m@ngsa pengani@yaan pihak tidak bertanggungjawab.
Gara-gara penyebaran gambar tersebut, Haneesya memberitahu, dia t£ruk menerima kec@man dan dikatakan telah mempers£nda agama Islam.
"Ketika itu sesi fotografi untuk jenama berkenaan telah selesai, saya pun sudah bersedia untuk pulang. Tiba-tiba pihak terbabit membuat permintaan untuk ambil beberapa lagi keping gambar saya memakai hijab.
"Awalnya saya menolak kerana tidak mengenakan pakaian yang sesuai. Namun, selepas itu saya bersetuju apabila mereka memaklumkan hanya mahu mengambil gambar 'close up' sahaja.
"Saya berulang kali berpesan kepada pihak tersebut agar tidak merakam seluruh badan saya. Namun gambar itu ditayangkan dan menjadi foto pertama yang dimuat naik (di media sosial). Saya rasa terani@ya," jelasnya.
Haneesya yang berkongsi perkara itu menerusi pr0gram 'No Filt£r' musim kedua kelolaan Elly Mazlein, dalam masa yang sama tidak menolak dirinya digunakan sebagai bahan kontr0versi untuk mempopularkan jenama tersebut.
"Ketika itu nama saya memang tengah naik, sebelum itu pun sudah ada kontr0versi. Pada saya disebabkan kontroversi-kontroversi saya itu membuatkan jenama berkenaan semakin dikenali," kongsinya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment