05 September 2025

LAGU 'MENJAGA JODOH ORANG LAIN', NYANYIAN ARA JOHARI TAK 'SANGKUT' TOP 5 AIM KE-24 DEK TERSIL4P KATEGORI



Nampaknya lagu 'Menjaga Jodoh Orang Lain' (MJOL) nyanyian Ara Johari tidak dapat menempatkan diri dalam senarai Top 5 Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 selepas syarikat rakaman menghantar pencalonan lagu itu dalam kategori sal@h.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, syarikat rakaman menaungi Ara mengemukakan rayuan menghantar penyertaan baharu, namun proses penjurian sudah ditutup.

"Disebabkan pencalonan sudah pun dijuri, adalah mustahil untuk kami panggil semula semua juri semata-mata untuk mengadili sebuah lagu.

"Jawatankuasa AIM 24 perlu bert£gas serta akur terma dan syarat pertandingan untuk berlaku adil kepada syarikat rakaman," katanya pada sidang media pengumuman hos, penyampai anugerah dan artis membuat persembahan pada AIM 24 di ibu negara, kelmarin.

Ujar Rosmin lagi, keputusan t£gas berhubung isu lagu 'Menjaga Jodoh Orang Lain' itu terpaksa diambil berikutan penganjur tidak mahu dipersal@h dan dituduh tidak adil.

Klik untuk gambar besar

Rosmin yang mengetuai jawatankuasa penganjur AIM 24 itu menjelaskan, pihaknya memaklumkan syarikat rakaman terbabit mengenai jenis kategori yang sesuai untuk pertandingkan lagu 'Menjaga Jodoh Orang Lain'.

Lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ilham Baso itu sepatutnya layak bertanding untuk kategori Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis atau Komposer Luar Negara Terbaik.

Terdahulu, Ara ada meluahkan kekec£waan apabila impian besar untuk melihat namanya terukir di pentas berprestij AIM berk£cai apabila lagu nyanyian, 'Menjaga Jodoh Orang Lain' gag@l menempatkan diri dalam senarai Top 5.

Sementara itu, Rosmin berkongsi, persiapan AIM 24 yang bakal disiarkan secara langsung di TV2 dari Arena Of Stars, Genting Highlands, pada 13 September ini berjalan lancar.
Menampilkan gandingan pengacara hebat Alif Satar dan Sherry Alhadad, malam kemuncak itu juga bakal diserikan artis seberang iaitu Anggi Marito dari Indonesia dan Tobii dari Thailand.

Turut beraksi adalah nama-nama tersohor tanah air termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Exist, Masdo, Black, Shila Amzah, Salammusik, Luca Sikta, Kmy Kmo dan Ara.

AIM 24 juga tidak memingg1rkan artis baharu di mana semua finalis kategori Artis Baharu Terbaik iaitu Eric Foo, Intan Maya, K.O.I, Ryenald Guntabid dan Xone akan beraksi.

Antara penyampai trofi adalah Daiyan Trisha, Khai Bahar, Hafiz Hamidun, Asmidar, Ajai, Bunga, Isaac Voo, Liyana Jasmay dan ramai lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: