"Sebenarnya saya terdiam masa dapat tahu, menitis air mata sebab saya memang tidak sangka akan menang. Tetapi kemenangan ini sebenarnya ditujukan kepada individu sebenar di sebalik penghasilannya.
"Ini pun anugerah reka bentuk bunyi terbaik. Jadi, sudah tentu saya ingin ucap tahniah dan terima kasih kepada rakaman studio, penerbit serta komposer, Wan Salleh dan juga Ikhwan Fattana.
"Dan semua orang yang terbabit dalam lagu ini kerana ini sebenarnya adalah usaha berpasukan. Tanpa semua orang, saya rasa ia tidak akan menjadi 'Hening Rindu' yang kita dengar sekarang."
Itulah tutur penyanyi Marsha Milan selepas lagu 'Hening Rindu' nyanyiannya merangkul Emas dalam kategori 'Reka Bentuk Bunyi Terbaik' yang dicipta di Asia untuk sebuah Pr0gram/Siri TV Asia di Anugerah ContentAsia 2025, di Taipei, baru-baru ini.
Klik untuk gambar besar
Berita baik itu diterima di hari penuh keberkatan, iaitu bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul dan disamping itu, Marsha meluahkan rasa syukur kerana kemenangan tersebut hadir pada hari sangat istimewa dan mulia.
Selain itu, Marsha turut menzahirkan harapan agar kemenangan itu dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh pemain industri muzik di Malaysia serta membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk semua penggiat seni tempatan terus maju ke hadapan.
"Muzik kita pun memang sudah berada di satu tahap yang lain. Tetapi saya berharap penggiat seni kita akan lebih bersemangat lagi menghasilkan lebih banyak karya-karya yang hebat," katanya.
'Hening Rindu' terbitan Alternate Records and Talents Malaysia men£waskan 'B@d Guys', 'Furever Yours', 'Karuvanam', 'Lamput Musim 4 – Boss On The Moon', dan juga 'Shape of Love'.
Anugerah ContentAsia adalah sebuah acara tahunan mengiktiraf kandungan video premium dan pencapaian bakat merentasi pelbagai platf0rm di rantau Asia.
Edisi kali ini membabitkan lebih 150 pr0gram yang dicalonkan, sekali gus menonjolkan persaingan s£ngit dalam industri kandungan kreatif serantau.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment