07 September 2025

NAFI HANYA BUAT PERSEMBAHAN BERSKALA BESAR - XPDC TAK TOLAK 'SHOW' KECIL, CUMA MINTA BAYARAN SETIMP4L



"Kalau kami nak buat persembahan di karnival atau expo selalu akan berbincang terlebih dahulu mengenai urusan harga sebelum buat mana-mana persembahan.
"Kami selalunya akan tanya dulu peralatan muzik bagaimana kalau semuanya okay baru kami akan ambil tawaran persembahan tu.

"Kami tiada mas@lah untuk bermain di persembahan kecil atau karnvial biasa janji bayaran setimp@l sebab kena faham juga kami kena bayar gaji pekerja dan kos-kos lain jadi tak ada timbul isu memilih ke apa."

Demikian kata pemain gitaris XPDC Militia, Izo atau nama sebenarnya, Mohd Zulkifly Nik Hussin, 61, yang tampil menafikan dakwaan kononnya kumpulan itu hanya memilih untuk membuat persembahan di konsert berskala besar sahaja.

Jelas Izo, tuduhan itu tidak benar kerana selagi bayaran yang ditawarkan berbaloi dengan nama besar XPDC, mereka sentiasa terbuka menerima apa sahaja undangan sama ada untuk persembahan kecil, ekspo mahupun karnival.

Dalam perkembangan lain, XPDC dan Search bakal beraksi dalam sebuah Konsert Fenomena Samurai bertempat di diadakan di Kuching, Sarawak pada 13 Disember 2025.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: