Nama Mas Idayu ketika ini hangat diperkatakan selepas persembahan penyanyi dangdut itu tular di media sosial baru-baru ini dan mendapat perhatian.
Melihat pada video yang dikongsikan, Mas Idayu tampil dengan dress kuning bersama penyanyi Farez Adnan dengan menyanyikan lagu 'Air Titik Ke Batu'.
Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan aksi gelek penyanyi berusia 53 tahun itu yang didakwa berlebihan serta tidak sesuai dengan imejnya yang kini sudah bertudung.
Klik untuk gambar besar
Selain teguran, ada yang mendoakan yang baik-baik buat ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk berubah ke arah lebih baik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment