"Maaf, tapi yang tinggalkan komen tak berasas itu bunyinya macam bitt£r je. Gabungan perkataan pula dijadikan isu padahal isi majlis itu jauh lebih bermakna.
"Cuba fikir, betul ke awak tak akan seronok kalau kawan-kawan perempuan awak adakan majlis bachelorette versi Islamik untuk awak? Awak dapat rasa kedua-duanya sekali, usrah pra-perkahwinan bersama sahabat dan juga sesi bonding yang penuh keakraban.
"Kecuali memang awak tak ada kawan perempuan. Kalau macam tu, ya saya faham," ujar pelakon Ika Nabella yang tampil pertah@nkan penganjuran majlis 'Bachelorette Usrah' yang diadakan buat penyanyi Amira Othman baru-baru ini, dimana ia telah menerima kec@man netizen.
Klik untuk gambar besar
Ika menerusi perkongsian di Thr£ads berkata, mereka yang meninggalkan komen tidak berasas itu seolah 'bitt£r' serta menjelaskan ia bukan majlis kosong tetapi diisi dengan sesi usrah.
Selain itu, dalam satu perkongsian lain di media sosial, Ika meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan rakan-rakan yang bukan saja mengambil berat tetapi memberi teguran menuju ke arah kebaikan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment