13 September 2025

PERTAMA KALI TERCALON - EDA EZRIN LUAH RASA SYUKUR, HARAP LAGU 'BAE SOBA BAE' MENANG DI AIM24 : "RASA MACAM MIMPI PUN ADA... SETIAP APA YANG BERLAKU DALAM HIDUP SAYA SEBELUM INI ADA HIKMAHNYA"



"Perasaan saya sangat gembira dan bersyukur kerana lagu saya tercalon untuk AIM. Rasa macam mimpi pun ada. Setiap apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini ada hikmahnya dan rezeki tak terduga Allah nak bagi.
"Perancangan Allah memang terbaik, semoga rezeki berpihak kepada kami. Ia juga menjadi pembak@r semangat untuk saya terus ke hadapan dalam industri seni dikir barat."

Itulah tutur penyanyi Eda Ezrin yang meluahkan rasa syukur apabila diumumkan sebagai calon Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi 'Cinta Setandan Pisang' di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Pertama kali tercalon untuk acara hiburan, Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan, 30, berkata, pencalonan tersebut ibarat mimpi menjadi kenyataan dan membuktikan setiap ujian yang dilalui sebelum ini membawa hikmah terbaik.

Klik untuk gambar besar
Ulas Eda lagi, pencalonan dalam anugerah berprestij itu juga menjadi pemangkin semangat buat dirinya untuk terus memperjuangkan industri seni dikir barat.

Dalam pada itu, ujarnya, dia turut berharap lagu 'Bea Soba Bea' yang dipert@ruhkan kali ini mampu meraih kemenangan di pentas berprestij itu.

"Harapan saya semoga lagu 'Bea Soba Bea' ini dapat jadi johan (menang) di AIM24 dan semoga ada rezeki buat saya. Insya-Allah kalau ada rezeki tapi kalau tak ada pun tidak mengapa kerana saya sudah bersyukur tercalon di AIM24, saya tahu bukan mudah nak sampai ke tahap ini," ujarnya.
Bagaimanapun, jelas Eda, dia tidak dapat turut sama di acara AIM24 yang bakal berlangsung pada malam Sabtu di Arena of Stars, Genting Highlands kerana mempunyai hal peribadi.

Eda sebelum ini ada memuat naik kad jemputan eksklusif AIM24 di media sosial miliknya dan dalam masa sama turut memohon orang ramai mendoakan kejayaan buat lagu Cinta Setandan Pisang.

"Doakan kami esok (Sabtu) 'Bea Soba Bea', semoga dipermudahkan urusan kami esok (hari ini), semoga ada rezeki buat kami," katanya.

Menerusi kategori tersebut, Eda turut bers@ing dengan empat lagi calon lagu termasuk 'Menyantun Kasih' (Siti Nordiana), 'Magis' (Datuk Seri Siti Nurhaliza), 'Kalam' (Shiha Zikir) dan 'Oh Huminodun' (Elica Paujin).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: