18 September 2025

"SAYA RASA CUKUP & TIDAK PERLU (TAMBAH ANAK) SEBAB SUDAH ADA ANAK DUA SEBELUM INI... RISAU SEBAB USIA 47 TAHUN JADI MUNGKIN TIDAK LA YA" - JACLYN VICTOR



"Umur saya 47 tahun ini jadi saya rasa cukup dan tidak perlu (tambah anak) sebab sudah ada anak dua sebelum ini. Saya tidak mahu mencari mas@lah ya kalau tambah anak ni nanti.

"Risau sebab usia 47 tahun jadi mungkin tidak la ya, kalau perkahwinan sebelum ini tiada anak mungkin boleh pertimbangkan untuk ada anak."

Demikian jelas penyanyi Jaclyn Victor, 47, dimana dia tidak lagi berhasrat untuk menimang cahaya mata memandangkan usianya semakin meningkat, selain turut khuatir sekiranya kehamilan itu kelak memberikan k£san terhadap kesihatannya.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada Julai 2014, namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.

Selepas beberapa hidup sebagai ibu tunggal, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, akhirnya berkahwin buat kali kedua dengan seorang pensyarah iaitu Calvin T Samuel pada 25 Mei lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: