01 September 2025

"SAYA TAHU SIAPA TAPI BIARLAH RAHSIA" - NORA DANISH KONGSI FOTO LELAKI BERKOPIAH TARIK PERHATIAN, NETIZEN DAKWA JALIN HUBUNGAN DENGAN JEJAKA BUKAN ARTIS



"Satu bab baharu, Bismillah," demikian kongsi pelakon Nora Danish menerusi media sosial miliknya, dimana dia seakan-akan memberi bayangan dirinya akan memulakan satu kehidupan baharu tidak lama lagi selepas setahun bergelar ibu tunggal.

Ia ekoran perkongsian foto yang diambil Nora sepanjang bulan Ogos dan terselit wajah lelaki, sekali gus menarik perhatian peminatnya.

Melihat pada foto berkenaan, ia memaparkan separuh wajah seorang lelaki yang lengkap memakai kopiah dan bercermin mata.

Nora dalam hantaran yang dimuat naik itu turut berkongsi perjalanan lelaki berkenaan yang dipercayai sedang mengerjakan ibadah umrah, bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu.

Klik untuk gambar besar

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan menghidu kebahagiaan yang dirasai pelakon itu ketika ini, malah ada segelintir netizen membuat andaian mengenali jejaka berkenaan yang dipercayai bukan daripada industri hiburan.

"Kenapa gambar lelaki macam ku kenal? Dia ada 'like' post Nora sebelum ini. Baru-baru ini dia pergi umrah."

"Orang biasa, bukan artis. Saya tahu siapa tapi biarlah rahsia.
"Setiap gambar ada maksud dia, lembut saja dia tayang," itulah antara komen-komen yang ditulis netizen.

Untuk makluman, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata bersama iaitu Mohamed Neqayl, 7.

Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: