08 September 2025

"SEBENARNYA SAYA AGAK RISAU JUGA, KALAU TERLALU MEMAKSA BIMBANG PETI SUARA 'K0YAK'..." - HAFIZ SUIP AKUI TERLEBIH GUNA SUARA, TIDAK CUKUP REHAT



"Saya rasa saya sudah terlebih menggunakan suara. Sepanjang bulan lalu saya terlibat dengan persembahan di Jakarta dan Bintulu. Mungkin faktor tidak cukup rehat juga menyumbang kepada mas@lah ini."

Itulah kata penyanyi Hafiz Suip, 35, dimana dia mengakui bimbang dengan keadaan suaranya yang mula menunjukkan tanda-tanda keletihan selepas terlalu banyak menerima undangan persembahan sejak kebelakangan ini.

Jelas Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, situasi itu berlaku kerana dia terlalu kerap menggunakan suara terutama selepas pulang daripada membuat persembahan di Jakarta, Indonesia dan Bintulu, Sarawak pada Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Terus Bersinar' ini memberitahu, sekiranya peti suaranya mengalami keced£raan s£rius sehingga 'k0yak', dia akui agak risau kerana ia akan mengambil masa lama untuk kembali pulih.

"Sebenarnya saya agak risau juga, kalau terlalu memaksa bimbang peti suara 'k0yak'. Kalau perkara itu berlaku memang akan ambil masa lama untuk sembuh," ujarnya yang tetap bersyukur apabila keadaan suaranya masih belum berada pada tahap krit1kal.
Disamping itu, Hafiz berkata, dia sentiasa mengingatkan diri supaya melakukan pemeriksaan kesihatan agar mas@lah suaranya dapat dikesan dan dirawat dengan segera.

"Alhamdulillah, apa yang saya tahu jika suara masih ada, ia belum lagi dalam keadaan terlalu teruk, harapnya begitu. Buat masa sekarang apa yang boleh saya lakukan hanyalah pergi klinik dan buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini sedang giat membuat persiapan bagi konsert solo pertamanya di Kuala Lumpur, dimana ia bakal berlangsung di Mega Star Arena pada 1 November depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: