08 September 2025

ISTERI BERJAYA TAMATKAN LARIAN 10 KM DALAM KEADAAN HAMIL 4 BULAN - ALIF SATAR LUAH RASA BANGGA & KAGUM : SAYA SANGAT TERINSPIRASI, TAHNIAH SAYANG"



"Keazaman lebih kuat daripada fikiran, dan Shadila membuktikannya dengan penamat yang mantap. Dia habiskan larian pertamanya sejauh 10km ketika hamil empat bulan. Saya sangat terinspirasi. Tahniah, sayang."

Demikian ujar penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar, 35, yang meluahkan rasa bangga dan kagum terhadap isterinya, Shadila Halid yang berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer (km) walaupun sedang hamil empat bulan.

Kata Alif, pencapaian itu bukan sahaja meng£jutkannya, malah turut memberikan inspirasi kerana bukan mudah untuk melakukan aktiviti las@k dalam keadaan berbadan dua.

Klik untuk gambar besar

Berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, Alif menjelaskan, Shadila sebelum ini tidak begitu berminat menyertai aktiviti larian, namun dia terkejut apabila isterinya itu secara tiba-tiba mendaftar untuk menyertai sebuah acara larian.

"Satu pencapaian besar hari ini dan saya sangat bangga. Daripada dulu saya selalu ajak Shadila berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut.

"Tiba-tiba dia cakap, yang dia dah daftar untuk acara itu," jelasnya yang turut memberitahu, isterinya itu sempat berehat selama sebulan daripada latihan akib@t al@han pagi (morning s1ckness).
Kongsi penyanyi lagu 'Lelaki Seperti Aku' ini lagi, pada malam sebelum acara berlangsung, dia masih bimbang sama ada Shadila mampu menamatkan larian tersebut.

Isteri Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd Satar, itu bagaimanpun berjaya menamatkan larian tersebut dengan berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi.

Untuk makluman, Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 10, Ariana Mecca, lapan, dan Muhammad Ali yang kini berusia enam tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: