Pelakon Janna Nick sebelum ini ada berkongsi video meninjau beberapa rumah di London, England bersama suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzmann dan perkongsian itu menjadi perhatian ramai.
Terbaru, Janna berkata, dia akhirnya sudah pun memilih rumah untuk disewa, dimana ia lengkap dengan perabot dengan kadar sewa RM22,690 sebulan.
Janna yang berkongsi keterujaan memulakan kehidupan baharu di kota London bersama suaminya, menzahirkan rasa gembira apabila berjaya mendapatkan rumah idaman mereka.
Dalam masa sama, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 30, juga mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah mereka yang sudi membantu serta memudahkan pr0ses pindah rumah.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Janna turut berdoa serta berharap agar suasana di tempat baharu ini, dia dan suaminya dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata yang sememangnya dinanti-nanti.
"Rumah baru, semoga dekat suasana yang baharu, kami berjaya dapatkan 'baby' (anak)," katanya yang berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial miliknya.
Menerusi tanda pagar yang digunakan, Janna dan Dini dipercayai berpindah ke sana untuk menyambung pengajian.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat gelagat pasangan itu berpindah dan memulakan kehidupan baharu mereka di sana, selain turut mendoakan agar Janna dan Dini segera dikurniakan zuriat.
"Saya tengah hamil, saya doakan semoga Janna dapat baby."
"Semoga Janna dan suami dikurniakan zuriat dari rahimnya. Mudah-mudahan menjadi ibu ayah yang sentiasa bertaqwa," antara komen-komen netizen.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 itu mengumumkan mereka membuat keputusan untuk berpindah ke luar negara.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment