"Sesi latihan dibuat sebelah malam sebab senang nak parkir kereta dan masa untuk kita tumpukan pada muzik lebih baik daripada siang. Jadi, lama-kelamaan ia jadi tabiat buat saya sehingga sus@h nak tidur.
"Tapi sekarang saya kena ubah. Namun, kena ambil masa sikitlah. Alhamdulillah, saya rasa makin lama, makin bagus. Insya-Allah saya makin okey."
Itulah ujar pemain gitar Search, Kid, 58, dimana dia mementingkan penjagaan kesihatan terutamanya untuk persediaan menjayakan Konsert Fenomena Samurai menampilkan Search dan XPDC yang dijadual berlangsung di Stadium Sarawak, Kuching pada 13 Disember nanti.
Dalam pada itu, Kid atau nama sebenarnya, Hamzah Md Taib, berkata, walaupun sesi latihan di studio banyak berlangsung pada sebelah malam, dia akan memastikan cukup tidur.
Terdahulu, keadaan kesihatan Kid yang kurang stabil sebelum ini mewujudkan khabar angin mengatakan dia berdepan mas@lah jantung.
Namun, abangnya iaitu Noordin atau Din yang juga pemain gitar Search menafikan kata-kata tersebut.
Selain itu, kemunculan Kid yang menjayakan Rockology Concert Tour 2025 di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor, pada 5 Julai lalu itu sekali gus menolak khabar angin berkenaan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment