10 September 2025

TAK NAK TERLALU TAYANG SUAMI BAHARU - SHARIFAH SAKINAH T4KUT PENY4KIT AIN



"Tak nak cakap fasal kehidupan peribadi sebab t@kut peny@kit ain. Jadinya, dia hanya keluar kadang-kadang saja. Tetapi satu hari nanti saya akan gunakan dia sebagai k0nten. Bukan nak jual kehidupan peribadi semata-mata duit, tetapi untuk beri inspirasi kepada orang."

Demikian kata pelakon Sharifah Sakinah, 36, yang mengambil keputusan untuk tidak terlalu terbuka berkongsi kisah rumah tangga bersama suami baharunya yang juga seorang pelukis antarabangsa dikenali sebagai Cyril Kongo.

Ini kerana jelas Sakinah, dia bimbang sekiranya perkongsian berlebihan mengenai kehidupan peribadi boleh mengund@ng has@d d£ngki manusia.

Sakinah atau nama penuhnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata demikian selepas dilihat jarang berkongsikan gambar bersama suami baharunya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Sakinah turut berkongsi mengenai hubungan anaknya dengan Cyril, dimana katanya, anak tunggalnya iaitu Anais Adha rapat dengan suaminya serta berkongsi minat yang sama iaitu melukis.

"Anais rapat dengan suami saya, sebab suami saya pelukis dan anak saya suka melukis. Diorang memang ada 'connection' yang sangat kuat dan mereka mempunyai minat yang sama dalam melukis," ujarnya.

Pada April lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: