Pasangan Fattah Amin, 35, dan penyanyi Amira Othman, 32, dilihat telah 'terbang' ke sebuah lokasi bagi menikmati bulan madu, selepas dua hari bergelar suami isteri.
Perkara tersebut dikongsikan Fattah menerusi media sosial, dimana dia memuatnaik foto berpegangan tangan dengan isteri tercintanya sambil meletakkan emoji pesawat dan lambang hati rona biru.
Meskipun tanpa sebarang kapsyen, namun wajah Amira jelas terpancar kegembiraannya dan ia mendapat perhatian netizen.
"Wow, 'sweet couple' nak pergi 'honeymoon'."
"Selamat berbulan madu abang long dan kak long," antara komen-komen yang ditulis netizen.
Menguatkan andaian pasangan yang digelar Abang Long dan Kak Long itu menikmati percutian ke luar negara apabila gambar berkenaan dirakamkan di lapangan terbang.
Selepas majlis ijab kabul disempurnakan di sebuah hotel di Sepang pada 14 September lalu, Fattah dan Amira ada mengakui akan berbulan madu sambil bekerja.
Malah, difahamkan pasangan terbabit dijadualkan ke beberapa destinasi, namun tidak diperincikan semasa wawancara bersama media.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian di media sosial, Fattah dan Amira kelihatan sedang bersiar-siar menaiki sebuah ATV yang dipandu oleh pelakon itu, sambil isterinya setia menemaninya di belakang.
Aksi mesra pengantin baharu itu pantas membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan reaksi terhibur daripada netizen.
"Lah aku pulak yg blushing diorang pegang-pegang."
"Rasanya aku tak payah senyum kot."
"Sejak Amira dengan Fattah kawin ni aku macam orang gil@ je, asyik senyum sorang-sorang."
"Memang kewujudan aku di muka bumi ni hanya untuk seimbangkan ek0sistem je," tulis beberapa netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment