25 September 2025

TERPAKSA DITIDURKAN - A AIDA TIBA-TIBA R£BAH SELEPAS RAWATAN FISI0TERAPI : "DOKTOR JUGA BELUM MENGETAHUI PUNCA SEBENAR..."



"Dua hari lepas, A. Aida ada menjalani pemb£dahan kedua-dua lututnya. Semalam dia okay saja, sihat tak ada mas@lah. Bagaimanapun pagi tadi sewaktu melakukan rawatan fisi0terapi tiba-tiba dia r£bah dan munt@h.

"Bila dia munt@h, dia macam nak j@tuh dan kakitangan hospital membawanya ke katil, tapi tiba-tiba tek@nan dar@hnya menurun. Sementara nak tunggu doktor tiba, dia sudah tidak sedarkan diri."

Itulah jelas Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim mengenai penerbit dan pelakon, A. Aida selepas dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Klik untuk gambar besar

Kongsi Izhar, rakan baiknya itu menjalani pemb£dahan lutut dan berada dalam keadaan normal, namun tiba-tiba r£bah selepas sesi rawatan fisi0terapi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Maklumnya lagi, punca sebenar mas@lah kesihatan dialami A Aida yang kini ditempatkan di ICU masih berada dalam pemantauan doktor itu belum dikenal pasti.

"Apa yang saya boleh kongsikan, dia (A. Aida) sekarang ini berada dalam pemantauan doktor. Itu saja yang saya boleh cakap. Nak kata stabil atau tidak hanya doktor yang tahu. Cuma sekarang ini dia masih tidak sedar kerana terpaksa ditidurkan.
"Doktor juga belum mengetahui punca sebenar masalah kesihatan yang dialami A. Aida dan tidak boleh buat apa-apa pros£dur sebab dia kena ditidurkan dulu kerana keadaanya tidak stabil," katanya.

Sebelum ini, Izhar memaklumkan, A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, 55, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Izhar yang tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca sebenar itu turut memohon orang ramai mendoakan sahabat baiknya itu agar diberikan kesembuhan segera.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: