Nampaknya anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin iaitu Putri Dahlia sekali lagi menjadi perhatian apabila media sosial miliknya hanya ada satu gambar memaparkan penyanyi itu ketika menghadiri acara Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Tindakan Dahlia yang memadam gambarnya bertudung itu mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kecewa, lebih-lebih lagi dengan kenyataannya sebelum ini.
Terdahulu, anak Nora berusia 21 tahun itu menjadi perhatian apabila tampil tidak bertudung di AIM24 pada Sabtu lalu, selain berkata, dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment