"Saya rasa 'tempat tu' memang perlu dibersihkan betul-betul. Ya Allah minta dijauhkan la ya," tulis penyanyi Shila Amzah dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Thr£ads, dimana dia meminta agar 'tempat' tersebut dibersihkan daripada perkara yang tidak diingini.
Perkongsian Shila itu tidak dapat dipastikan ianya berkenaan apa, namun seperti merujuk kepada insid£n yang berlaku dalam satu pr0gram realiti baru-baru ini apabila ada peserta yang tidak dapat membuat persembahan.
Sementara itu, adik kepada Shila iaitu Syada Amzah turut berkongsikan pengalaman mistik dialaminya mengenai 'tempat' tersebut, dimana dakwanya sememangnya agak 'k£ras'.
Kata Syada, dia berdepan pengalaman meny£ramkan ketika pr0gram Big Stage musim kedua (BS2) kira-kira enam tahun lalu, di lokasi sama iaitu Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dalam pada itu, dakwanya lagi, auditorium tersebut mempunyai aura mist1k kerana dia sendiri sering merasakan kehadiran perkara ganjil ketika berada di lokasi itu.
Klik untuk gambar besar
"Talk To My Manager tu buat dekat MBSA ke? Kalau ya tak hairanlah sebab tempat itu memang berhantu sangat-sangat.
"Tetapi sejak benda (mist1k) ini jadi dalam setiap pr0gram, sejujurnya saya tak rasa orang hantar benda bukan-bukan. Saya hanya rasa dewan itu sendiri puncanya.
"Saya masuk situ (dewan) sebagai penonton terutamanya di belakang pentas, segala bulu roma berdiri," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads miliknya.
Selain itu, tambah Syada lagi, pada minggu dia tersingkir dari pr0gram berkenaan, dia berdepan dengan pengalaman p£lik apabila melihat sesuatu yang merenung tepat ke arahnya ketika sedang bersedia di kapsul sebelum persembahan.
"Ingat tak Big Stage ada kapsul? Kami perlu bersedia di situ sendirian sebelum berdepan dengan penonton. Waktu saya di Big Stage 2, 'benda' itu betul-betul berada di atas kepala dan merenung mata saya.
"Saya masih ingat dengan jelas. Ia juga berlaku pada waktu yang sama ketika saya tersingkir," tuturnya lagi.
Sebelum ini, Amad tiba-tiba p£ngsan sejurus selepas melakukan persembahan terakhir di pentas Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung Ahad lalu.
Dalam pr0gram itu, anak kepada Siti Saerah ini dilihat tidak bermaya sebelum diangkat ke belakang pentas dan pasukan perubatan memberitahu, Amad dalam keadaan baik-baik sahaja.
Amad yang kelihatan lem@h bagaimanapun tetap meneruskan persembahannya dengan menyanyikan lagu 'Cinta Kerana Cinta' sehingga ke akhir, termasuk berduet bersama penyanyi Nadeera menerusi lagu 'Bukan Lagi Kita'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment