11 October 2025

"KALAU BOLEH NAK MEMBINA KELUARGA SENDIRI, ITULAH IMPIAN SEORANG WANITA" - RITA NADIRA AKUI KINI SEDANG KENALI SEORANG LELAKI BERJAMBANG



"Saya t@kut nak jawab bila orang tanya bila nak kahwin. Tak tahu soal jodoh ini macam mana. Kalau boleh s£rius, siapa yang tak nak ke pelamin kan? Mestilah nak.
"Semua nak kahwin, tiada yang tak nak. Saya sentiasa doakan yang terbaik. Kalau kahwin, Alhamdulillah. Penatlah asyik nak kenal orang baru."

Itulah kata pelakon Rita Nadira, 28, dimana akuinya, dia kini sedang mengenali seorang lelaki berjambang dan semakin terbuka untuk membawa jejaka itu ke acara hiburan.

Rita bagaimanapun memberitahu, dia masih berhati-hati apabila ditanya tentang perkahwinan kerana tidak mahu terlalu terburu-buru dalam membuat keputusan berkaitan jodoh.

Dalam pada itu, Rita berpendapat, tidak sal@h untuk mengejar impian sambil membina keluarga ketika ditanya sama ada dia ingin fokus kepada karier lakonan terlebih dahulu.

"Kalau nak bina nama, sampai bila? Sus@hlah. Takkan nak kata tak kahwin sebab fokus diri sendiri sahaja. Bagi saya, kalau boleh nak membina keluarga sendiri. Itulah impian seorang wanita," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: