30 October 2025

KONGSI RASA BERGELAR IBU TUNGGAL - ZEHRA ZAMBRI BERI BAYANGAN KISAH HIDUPNYA SEBELUM BERCERAI : "BETAPA MEND£RITANYA PUNYA SUAMI"



"Kalau mereka kata betapa h1na dan rendahnya jadi janda atau ibu tunggal, maka akan aku ceritakan betapa mend£ritanya punya suami."

Demikian ujar penyanyi Zehra Zambri, 38, dimana dia berkongsi mengenai statusnya sebagai seorang ibu tunggal, sekaligus memberi bayangan seolah-olah dia pernah mend£rita ketika masih bergelar isteri.

Biarpun hanya menulis kapsyen pendek, namun apa yang diluahkan Zehra itu menggambarkan pengalaman yang dilaluinya sebelum sah bercerai.

Klik untuk gambar besar

Zehra yang menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial itu turut berkongsi video yang menggunakan latar hitam putih memaparkan dirinya yang kelihatan sedang memandu seorang diri.

Untuk makluman, Zehra sah bercerai talak satu dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 20 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, yang kini berusia tiga tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: