19 October 2025

KONSERT EMPAT LIVE BERJAYA PUKAU PENONTON - EMPAT PENYANYI BERSAUDARA BERGABUNG ATAS SATU PENTAS



"Walaupun terpaksa berg£lut dengan pelbagai peristiwa membabitkan diri, anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan, Allah sentiasa beri kekuatan untuk kita terus hidup dan beri peluang untuk menjayakan konsert ini.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Saya juga ada terima banyak permintaan senarai lagu dari peminat untuk dinyanyikan tapi pada malam ini, saya akan nyanyikan lagu epik dan lagu lama dari album Puncak Kasih."

Demikian ujar penyanyi Ziana Zain sambil mendapat sorakan dari penonton dalam dewan, dimana pihaknya bersyukur kerana impian untuk mereka empat bersaudara mengadakan konsert berjaya direalisasikan.

Konsert Empat Live in Kuala Lumpur 2025 yang menggabungkan empat penyanyi bersaudara bersuara emas di atas satu pentas buat julung kali telah pun berlangsung dengan jayanya malam semalam.

Klik untuk gambar besar

Menjadi temasya istimewa dua generasi penghibur dalam satu malam, ternyata aura dimiliki Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel berjaya menghiburkan kira-kira 4,500 penonton yang juga peminat setia empat penyanyi berkenaan.

Rata-rata peminat juga terhibur dengan rangkaian kira-kira 29 lagu hits empat penyanyi hebat yang dipersembahkan masing-masing termasuk segmen duet dalam durasi konsert tiga jam itu.

Sementara itu, Anuar pula berkata, konsert itu berjaya direalisasikan dengan sokongan daripada semua peminat setia mereka sejak dulu.

"Walaupun jadual masing-masing padat, kami tetap menunggu waktu sesuai untuk menjayakan konsert ini. Konsert Empat ini adalah untuk anda semua.
"Terima kasih atas sokongan dan sudi datang untuk menonton konsert ini," kata penyanyi yang popular dengan lagu 'Sedetik Lebih' dan 'Lelaki Ini'.

Konsert ini diterbitkan Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus ProHouse.

Konsert Empat menampilkan pengarah konsert, Jennifer Thompson dan pengarah muzik ialah Lee Sze Wan.

Antara rakan artis yang hadir beri sokongan ialah Edry Abdul Halim, Datuk Hattan, Noryn Aziz dan Salamiah Hassan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: