"Di usia yang masih m£ntah dan mengecapi populariti membuatkan dia agak terk£jut. Jadi mungkin mengambil masa sedikit untuk saya perbetulkan cara dia (bercakap).
"Saya dah pesan supaya dia tak baca komen-komen netizen. Saya hanya menegur untuk dia belajar daripada kesil@pan. Saya tidak beri dia tek@nan, saya tidak mar@h anak saya sebab nak tegur anak-anak pun ada cara.
"Insya-Allah saya tahu Amad adalah anak yang baik," demikian ujar penyanyi Siti Saerah, 42, dimana dia tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan anaknya, Ahmad Dayyan berkelakuan kur@ng s0pan ketika menjawab soalan wartawan dalam sebuah temu bual baru-baru ini.
Ulas Saerah atau nama penuhnya, Siti Saerah Tarudin, ini lagi, anaknya itu masih dalam pr0ses menyesuaikan diri dengan populariti yang datang secara tiba-tiba dan disebabkan itu, situasi yang berlaku adalah di luar jangkaan.
Dalam pada itu, adik kepada Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkata, dia sentiasa menasihati Ahmad atau lebih mesra disapa Amad agar tidak terlalu mempedulikan komen-komen neg@tif daripada netizen.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya sedikit pun Amad tidak bermaksud seperti apa yang dia sampaikan (jawab soalan). Saya sebenarnya terasa juga dengan kata-kata netizen ini sebab situasi sewaktu sesi temu bual itu pun lain.
"Tapi bila dikeluarkan (kongsi di media sosial) jadi lain. Saya sedia menerima teguran dan akan menegur cara Amad menjawab soalan wartawan selepas ini.
"Mungkin sedikit demi sedikit dia (Amad) akan belajar sebab Amad masih baru lagi," katanya yang juga percaya anaknya itu akan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.
"Hanya saya saja yang tahu macam mana karakter Amad. Bila dia bergurau, saya selalu pesan orang di luar sana tidak tahu cara kita. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya cara anak saya ini (bercakap) membuatkan anda semua (netizen) ters1nggung.
"Sebagai ibu, saya akan mendidik anak dengan lebih baik. Insya-Allah doakan supaya Amad lebih belajar daripada kesil@pan dan peka dengan situasi sekeliling," tuturnya.
Sebelum ini, timbul dakwaan apabila netizen menyifatkan cara Amad menjawab soalan bersama pengamal media sebagai kur@ng s0pan.
Malah, netizen turut membandingkan cara percakapan Amad dengan kakaknya iaitu penyanyi Umairah yang dikatakan lebih bijak berkomunikasi dan bersikap profesional.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment