13 October 2025

"SAYA SUDAH TAMAT IDAH... SAYA DOAKAN KESEDIHAN SEPERTI SAYA INI TIDAK AKAN BERULANG..." - AMYLEA AZIZAN SAHKAN DIA & SUAMI SUDAH BERCERAI



"Berat hati untuk maklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad. Saya sudah tamah idah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya ini tidak akan berulang kepada orang-orang yang saya sayangi."

Demikian jelas Amelya Azizan, 39, dalam satu hantaran di media sosial miliknya, dimana penyanyi itu mengesahkan dia dan suaminya, Mohammad Aqbar kini sudah bercerai.

Amylea yang berkongsi khabar meng£jutkan itu tidak menceritakan secara terperinci tarikh perceriaan mereka, sebaliknya hanya memaklumkan dia telah tampat tempoh idah.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Amylea yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini berkata, dia enggan membuka a1b mana-mana pihak dan memaklumkan, mereka berpisah secara baik.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu menga1bkan mana-mana pihak. Saya sangat hormati dan sayang ibu mentua serta seluruh keluarga bekas suami. Kami masih berhubung dengan baik," tuturnya.

Untuk makluman, Amylea dan Mohammad Aqbar atau Ash memaklumkan mereka bernikah pada November 2023, namun merahsiakan tarikh sebenar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: