"Saya tidak cer£wet dalam pemilihan bakal isteri. Yang nak hidup dengan mereka bukan saya. Anak-anak ada pilihan tersendiri.
"Kadang-kadang kita rasa kita kenal anak kita tapi kita hanya kenal luaran. Yang lebih kenal adalah bakal isteri. Jadi, saya bagi kebebasan untuk memilih pasangan hidup. Saya sokong saja."
Demikian jelas pelakon Rozita Che Wan, 52, dimana dia yang bakal menerima menantu sulung tidak lama lagi itu tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk menjadi pasangan hidup anaknya, Ammar Effendy.
Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia percaya dalam pemilihan menjadi teman hidup, anak-anaknya lebih mengenali pasangan masing-masing.
Che Ta yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial miliknya, turut men£gaskan dirinya bersikap terbuka terhadap bakal menantu, termasuk s0al pemakaian tudung.
"Kalau tak pakai tudung pun, perlahan-lahanlah untuk pakai. Macam saya dulu pun tak pakai, bila dah kahwin dengan Zain baru pakai," luahnya yang juga menitip pesan buat Ammar agar menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan baik terhadap isterinya.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, dia juga kagum dengan keperibadian serta sikap hormat bakal menantunya iaitu Auni Ikhwan.
"Jadi suami yang mithali. Suami yang tidak memb£bankan isteri. Suami yang baik terhadap keluarga isteri, setia dan sentiasa menjaga kebajikan isteri.
"Dia lebih menghormati Ammar. Alhamdulillah, Ammar dapat bakal isteri yang jenis tak kisah dan okay saja. Harap lepas kahwin pun dia macam itu," pesannya.
Pada 26 Oktober lalu, Ammar atau penuhnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, 29, selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hati dikenali Auni Ikhwan, 26, dan pasangan itu bakal disatukan sebagai suami isteri pada 26 Jun tahun depan.
Untuk makluman, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy Zulkaply pada 1995 dan berpisah pada 2003.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Selepas itu, Che Ta berkahwin pula dengan pelakon dan usahawan, Zain Saidin pada 2013 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 11 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment