"Selamat berehat mak," itulah tulis pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy dalam satu perkongsian di media sosial, dimana dia telah kehilangan ibu tersayang, Azmi Ibrahim yang difahamkan meninggal dunia akib@t k0mplikasi buah pinggang semalam.
Berita duk@ itu turut dikongsi oleh isteri Zul iaitu Nur Ernawati Mohamad, menerusi satu hantaran di media sosial miliknya.
Dalam hantaran itu, Ernawati meluahkan rasa syukur kerana pemergian ibu mentuanya dipermudahkan serta menggambarkan arwah sebagai seorang insan yang sangat baik dan penyayang.
Lebih menyentuh hati, pemergian ibu Zul berlaku selepas bacaan tahlil dan solat hajat oleh ahli keluarga.
"Pergi dunia mana sekalipun, aku takkan dapat mak macam ni. Mak tak pernah bagi Na rasa yang Na ni menantu. Macam mana mak layan anak mak, macam tu jugalah mak layan Na.
"Maklah contoh mak mentua paling ikhlas dalam dunia. Terima kasih Allah pinjamkan mak, terima kasih mak didik akhlak anak mak, rezeki Na dapat suami macam Angah," tulis Ernawati.
Tutur isteri Zul itu lagi, arwah ibu mentuanya merupakan peneman setia ibunya dalam pelbagai urusan, dan kini telah ‘pergi’ ke tempat yang lebih indah.
Klik untuk gambar besar
"Semoga mak tenang di dunia baru, semoga syurga tempatmu mak. Alhamdulillah, urusan pemergian mak dipermudahkan semuanya. Cantik mak pergi lepas solat hajat dan tahlil kami adik-beradik," katanya.
Ernawati dalam hantaran itu juga turut memohon doa agar Allah mengampuni d0sa arwah dan memberi kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi kehilangan tersebut.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah segala dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesal@hannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu.
"Kau berikanlah kami sekeluarga kekuatan dalam menghadapi dug@an ini Ya Allah. Amin," tulisnya.
Sementara itu, personaliti media sosial terkenal iaitu Wan Chai akan mengendalikan urusan pengebumian jenazah Allahyarham ibu Zul.
"Di beri amanah membantu pengurusan bonda kepada abang Zul Huzaimy, Almarhumah Azmi Binti Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhirnya asbab komplikasi buah pinggang," tuturnya.
Wan Chai menerusi Team Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) turut memaklumkan pengebumian akan dibuat di Damansara Perdana.
Terdahulu, sewaktu bersiaran dalam Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) pada Sabtu lalu, pengacara Datuk AC Mizal mengumumkan kepada penonton bahawa ibu Zul dik£jarkan ke hospital akib@t berlaku kec£masan.
AC turut memohon agar semua pihak mendoakan kesembuhan ibu pelakon itu sambil memuji Zul atas komitmen bertanding bersama Joey dan Norreen dalam pr0gram itu menerusi kumpulan Jozon.
Usaha untuk mendapatkan pengesahan lanjut dari Zul tidak berjaya apabila dia tidak memberikan sebarang respon setakat ini.
Takziah diucapkan kepada Zul dan seluruh ahli keluarga atas pemergian insan tersayang.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment