05 November 2025

SHAH ISKANDAR KONGSI KHABAR DUK4, ANAK DALAM KANDUNGAN ISTERINYA HIDAP SINDR0M EDWARDS, PERLU JALANI PROS£DUR GUGUR BAYI : "SEMOGA MARYAM INARA, BIDADARI SYURGA KAMI MENANTI KAMI DI SYURGA NANTI.."



"Ujian besar men1mpa apabila doktor mengesan bayi kami (dalam kandungan) disahkan menghidap sindr0m Edwards. Doktor menasihati supaya proses kelahiran diawalkan kerana jika ditunggu lebih lama, ia boleh membah@yakan nyawa isteri saya.

"Dengan hati yang sangat berat dan atas nasihat pakar kandungan, saya dan Sarah akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan pengguguran ini. Kami tak sanggup melihat anak kecil kami menanggung pend£ritaan dalam tempoh yang singkat itu."

Demikian tulis pelakon Shah Iskandar, 43, menerusi media sosial miliknya, dimana dia berkongsi khabar duk@ isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, perlu menjalani pros£dur menggugurkan bayi dalam kandungan.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian itu, Shah memberitahu, ia dilakukan atas nasihat doktor susulan bayi tersebut mengalami sindr0m Edwards, serta memaklumkan, kemungkinan bayi mereka untuk bertah@n hidup adalah tipis jika dilahirkan.

"Kadar untuk bayi bertahan hanyalah sekitar 5 peratus dan kalau pun berlaku keajaiban, hayatnya dijangka hanya antara enam bulan hingga setahun. Itupun bergantung kepada alat sokongan hayat bagi organ yang terj£jas," jelasnya.
Menerusi hantaran sama, Shah turut berkongsi, dia telah memilih nama untuk bayi dalam kandungan yang merupakan anak perempuan itu, selain memohon doa agar isterinya selamat menjalani pros£dur berkenaan.

"Mohon doa semua agar Sarah selamat dan proses ini dipermudahkan. Semoga anak perempuan kami , Maryam Inara, bidadari syurga kami menanti kami di syurga nanti, Insya-Allah," luahnya.

Untuk makluman, Shah mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada pada 16 Januari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Zulkarnaen, lima tahun, dan Noah Arjuna yang kini berusia lapan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: