06 November 2025

BELUM FIKIR S0AL KAHWIN - ALICIA AMIN AKUI AMBIL MASA SEBELUM BERGELAR ISTERI : "KALAU DIA SANGGUP TUNGGU 10 TAHUN PUN, MAKA ITULAH MASANYA"



"Kami okey sahaja sebab dia sedang fokus kepada perniagaan, manakala saya pula sibuk dengan karier seni. Jadi kami ambil pendekatan perlahan-lahan.

"Tiada apa-apa perkembangan besar tentang hubungan kami buat masa ini, lagipun kami baru dua tahun berkenalan. Kami mahu kenal hati budi dulu sebelum buat keputusan untuk ke fasa seterusnya."

Demikian jelas model dan pelakon, Alicia Amin, 30, dimana dia mendedahkan hubungan cintanya dengan teman lelaki itu masih berada pada fasa awal dan belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar

Kata Alicia atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin, memandangkan masing-masing kini sibuk dengan urusan kerjaya, dia dan kekasihnya itu memilih untuk tidak terlalu terburu-buru dalam menentukan hala tuju hubungan.

Dalam pada itu, akui Alicia, dia kini lebih berhati-hati dalam s0al cinta dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan hanya kerana tek@nan atau pandangan orang sekeliling.
Malah, ujarnya lagi, teman lelakinya itu perlu bersabar dan memahami pendiriannya untuk menunggu waktu yang sesuai sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

"Saya dah berusia sedikit, jadi perlu ambil masa dan tidak mahu bercinta berkali-kali tetapi akhirnya tak ke mana. Saya tunggu masa yang betul-betul sesuai untuk kahwin. Kalau dia sanggup tunggu 10 tahun pun, maka itulah masanya," ujarnya.

Untuk makluman, Alicia pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Farzan Iqbal pada 14 Februari 2021, namun pasangan itu bercerai secara baik pada Mac tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: