"Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah, iaitu kasih sayang dan tanggungjawab. Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.
"Bersama-sama, anda mendidik mereka tentang kasih sayang, hormat, dan keimanan," tulis isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dimana dia berkongsi tentang hak penjagaan bersama terhadap anak-anak, meskipun pasangan suami isteri sudah bercerai.
Dr Afifah yang berkongsi perkara tersebut dalam beberapa hantaran yang dimuat naik di laman Thr£ads miliknya itu berkata, seperti yang dianjurkan dalam agama Islam, baginya tanggungjawab dalam membesarkan anak juga tidak akan berakhir.
Luahan Dr Afifah itu dibuat selepas tular isu Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh terhadap tiga anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Saya membesarkan mereka dengan kasih setulusnya, menjadi pelindung dengan sabar, menitip doa saban waktu, demi masa depan yang indah. Setiap langkah, setiap keputusan, semua demi mereka," luahnya.
Pada September lalu, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment