05 November 2025

SAMBUT ANNIVERSARY KE-4 TANPA ISTERI - KAMAL ADLI REDA, AKUI DAH LAMA RANCANG : "SIAP AMBIL CUTI TIGA HARI IAITU SEMALAM, HARI INI & ESOK"



"Hari ini (Rabu) sebenarnya ulang tahun perkahwinan saya yang keempat. Sepatutnya kami raikan bersama tapi tahun ini tak dapat.

"Saya dah rancang lama, siap ambil cuti tiga hari iaitu semalam, hari ini dan esok. Setiap tahun memang kami raikan, cuma tahun ini berbeza sikit."

Demikian kata pelakon Kamal Adli, 39, dimana dia reda apabila terpaksa menyambut ulang tahun perkahwinannya yang keempat tanpa kehadiran isterinya, pelakon Uqasha Senrose.

Jelas Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, dia sudah lama merancang untuk meraikan tarikh istimewa itu, namun perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan tahun ini.

Akur sambut ulang tahun perkahwinan tanpa isteri, Kamal berkata, dia tetap berpegang pada rancangan asal yang sudah diatur lebih awal bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka, meskipun rumah tangganya kini berdepan ujian.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan itu tetap meluangkan masa seperti dirancang walaupun terikat dengan jadual kerja yang padat.

"Saya lambat ke sidang media hari ini pun sebab saya baru balik dari tempat yang sudah saya rancang untuk raikan ulang tahun perkahwinan.

Klik untuk gambar besar

"Sibuk macam mana pun saya tahu uruskan masa, perkara itu tiada isu pun. Saya sebenarnya lagi seronok bila bekerja, sebab kalau tak bekerja saya rasa risau.

"Lagipun, saya bekerja bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak dan isteri," ujarnya yang turut berkata, komunikasi antara dia dan Uqasha masih sama seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Kamal akur untuk melalui setiap pros£dur yang telah ditetapkan dalam proses penyelesaian hubungan mereka.

"Masih lagi macam hari itu (dis£kat), mungkin perempuan merajuk lama. Jadi buat masa ini saya ikut sahaja pr0ses-pr0ses yang sudah ditetapkan," tuturnya.

Disamping itu, Kamal turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan sokongan terhadapnya dalam usaha menyelamatkan hubungan dia dan isteri.

"Saya nak ucap terima kasih juga kepada netizen yang 'sp@m' komen baik-baik di media sosial Uqasha, tapi nampaknya ia tak menjadi. Ramai sangat yang beri sokongan, siap ada yang bagi idea cara pujuk dan sebagainya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: