"Hari ini saya nak umumkan yang hari ini adalah hari terakhir saya bekerja sebagai deejay Carta Era 40. Sebenarnya memang berat dan sus@h nak buat keputusan ini, tetapi saya percaya ini yang terbaik untuk diri saya."
Itulah kata penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, menerusi hantaran di media sosial, dimana dia secara rasmi mengumumkan dia tidak lagi bertugas sebagai penyampai radio untuk segmen Carta Era 40.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 45, memberitahu, hari ini hari adalah terakhir dia berada di Era FM, selain turut mengakui ia satu keputusan berat dan bukan sesuatu yang mudah untuk berhenti, namun ia dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor peribadi.
Klik untuk gambar besar
"Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana menerima dan menghormati keputusan saya. Doa saya kepada radio Era semoga terus berjaya dan menjadi pilihan utama pendengar di seluruh negara," ujarnya.
Disamping itu, Elly tampil menjawab dakwaan kononnya k0ntraknya tidak disambung, dimana dia memberi bayangan bahawa perkara itu sama sekali tidak benar, malah dia sempat berselor0h meluahkan rasa mar@h apabila ada yang membuat sp£kulasi sebegitu.
Elly dalam masa sama turut berterima kasih kepada semua pendengar setia Carta Era 40 yang selama ini memberikan sokongan terhadapnya.
"Terima kasih kepada semua pendengar yang sentiasa bersama saya setiap minggu. Saya hargai sangat-sangat sokongan anda semua," tuturnya yang bergelar penyampai radio Era selama dua tahun.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pendengar meluahkan rasa sedih dengan pengunduran Elly serta mengakui akan merindui celoteh dan keletah spontannya di corong radio.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment