"Hari ini merupakan sebutan pertama bagi k£s tuntutan hadanah yang difailkan oleh anak guam saya. Encik Nubhan telah membuat dua tuntutan iaitu hak penjagaan penuh secara mutlak dan interim yang mana kedua-dua itu masih di dalam kertas klausa yang tidak boleh didedahkan.
"Hak penjagaan yang dimaksudkan ialah hak bermalam, lawatan semasa hari raya, pergi sekolah dan sebagainya. Peguam yang mewakili defenden telah maklum akan perkara ini dan setuju berbincang untuk menyelesaikan secara baik."
Demikian jelas peguam yang mewakili penyanyi Nubhan, Mohd Redzuan Ramli, dimana beliau memaklumkan, anak guamnya itu memfailkan tuntutan hadanah hak penjagaan penuh dan interim tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Kata peguam itu lagi, tuntutan tersebut difailkan Nubhan terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah pada September lalu dan kedua-duanya setuju untuk selesaikan secara baik.
Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, setakat ini tiga orang anak mereka iaitu Aafiya Kamilia, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3; berada dalam jagaan ibu, namun tiada halangan untuk Nubhan berjumpa.
Nubhan dan Dr Afifah dijangka hadir semula ke mahkamah pada 26 November depan bagi merekodkan persetujuan hasil perbincangan antara kedua-dua pihak.
"Anak guam saya dan pihak defenden setuju untuk selesaikan cara baik. Sekarang ini, anak-anak dijaga oleh ibu mereka. Semalam saya baru berbual dengan anak guam saya memaklumkan mereka tiada apa-apa mas@lah dalam urusan berkaitan penjagaan anak dan sebagainya.
"Mereka akan hadir untuk rekod persetujuan daripada perbincangan nanti. Sebutan kedua dijadualkan pada 26 November ini. Kita minta agar semua mendoakan agar dimudahkan urusan," katanya.
Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya itu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Permohonan tersebut dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Untuk makluman, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurnikan tiga orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment