11 November 2025

BERDAMAI DENGAN TAKDIR HIDUP P0LIGAMI - UMISYA MAZLAN JELAS TAK PERNAH LETAK SYARAT : "SAYA TAK BANGGA DENGAN APA YANG JADI, BAHKAN LAGI M4LU DENGAN DIKENALI SEBAGAI ASBAB SEKIAN-SEKIAN"



"Dekat sini saya nak t£gaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri. Tak pernah mengarah segala kejadian dalam rumah tangga."

Itulah kata pemp£ngaruh media sosial, Umisya Mazlan, dimana dia akhirnya tampil menjawab segala dakwaan kononnya dia cuba mengawal suaminya, Ahmad Aslam dalam urusan p0ligami.

Umisya yang sudah lama menahan sabar dengan pelbagai tuduhan netizen itu men£gaskan, dia tidak pernah mencampuri urusan rumah tangga suaminya, mahupun meletakkan sebarang syarat yang dikaitkan dengan isu berkenaan.

Perkara itu dikongsikan Umisya menerusi media sosial miliknya yang turut memuat naik komen netizen yang mendakwa lebih memihak pada isteri pertama.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, dia sudah tidak mahu lagi bercakap tentang kisah rumah tangganya yang sebelum ini menjadi perhatian ramai.

Dalam pada itu, Umisya berkata, dia memilih untuk melihat segala yang berlaku daripada sudut p0sitif dan bersyukur dengan kehidupan yang sudah diaturkan ketika ini.

Klik untuk gambar besar

"Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga orang lain. Saya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga.

"Saya tak bangga dengan apa yang jadi, bahkan lagi m@lu dengan dikenali sebagai asbab sekian-sekian. Saya ambil p0sitif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini.

"Saya pandang ke depan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum p0ligami ataupun selepas kejadian p0ligami. Saya bersyukur dengan segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang," ujarnya.

Disamping itu, jelas Umisya, apa yang dilakukannya kini hanyalah untuk memastikan masa depan anak-anak kekal terjaga dan melihat ibu bapa mereka berada dalam keadaan baik.

Kata Umisya lagi, setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam menghadapi ujian rumah tangga dan berhubung itu, dia berharap orang ramai berhenti membuat andaian sendiri mengenai hubungan mereka.
"Bila menerima semua keadaan ini, saya cuba untuk 'move on' dan tunjuk kehidupan saya baik-baik saja untuk anak-anak tengok nanti bahawa ummi dan papa baik-baik saja.

"Menjadi isteri dan ibu bukan mudah, tapi saya tetap berusaha jadi yang terbaik untuk keluarga. Mungkin orang tak faham, tapi cukuplah saya dan Allah tahu apa yang saya lalui," tuturnya.

Untuk makluman, Umisya terpaksa berkongsi kasih apabila suaminya itu berkahwin dua dengan anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.

Aslam berkahwin dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, manakala dengan Umisya pula, mereka mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Difahamkan, Aslam dan Umisya pernah bercerai pada September 2023, sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: