15 November 2025

"CUKUP SAYA & DIA (DATUK RED) SAJA YANG TAHU, DIA PUN TAK CERITA PUNCA KAN" - ADIRA NAFI TINGGALKAN BEKAS SUAMI TEPI 'HIGHWAY' TAPI BERHAMPIRAN STESEN MINYAK



"Saya memang mengaku ada tinggalkan (bekas suami) tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak di mana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain.

"Adalah sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh nak kongsi, apa bekas suami saya keluarkan itu cerita daripada pihak dia.

"Apa yang boleh saya katakan tentu ada sebab kalau terjadi sesuatu dan tidak perlu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia saja yang tahu. Dia pun tak cerita punca kan."

Itulah jelas penyanyi Adira Suhaimi, 34, berhubung dakwaan meninggalkan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, di sebuah lebuh raya (highway) dipercayai selepas berlakunya perbal@han antara mereka, dimana perkara itu kec0h di media sosial.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, yang tidak menafikan perkara tersebut, berkata, dia tidak meninggalkan bekas suaminya terk0ntang-k@nting sendirian, namun meletakkan di tempat yang selamat.

Klik untuk gambar besar

Tutur Adira lagi ketika ditemui media, dia lebih selesa menyimpan sendiri punca dia bertindak sedemikian terhadap bekas suaminya itu.

Selain itu, dia juga pilih untuk mendiamkan diri berbanding membal@s semula kenyataan yang dibuat bekas suami kerana enggan meng£ruhkan keadaan sedia ada.

Disamping itu, kata Adira, dia juga enggan pendedahan yang dibuat itu akan mengec£wakan hati ramai pihak termasuk anak-anak tirinya.

"Saya pun tak nak k£ruhkan keadaan, saya nak jalani kehidupan dengan bekas suami secara tenang. Sebab saya percaya perkara seperti itu boleh terlepas kerana dia dalam keadaan yang tak guna akal tapi em0si dulu.
"Kalau saya nak bal@s kenyataan dia, saya bimbang apa yang terkeluar itu akan meng£ruhkan keadaan. Kenapa saya pilih senyap dan tak layan perkara itu kerana banyak hati saya nak jaga contohnya anak saya dan anak-anak tiri.

"Yang mana hubungan kami erat dan saling ambil tahu, di mana saya selalu ambil tahu tentang anak-anak saya semua.

"Saya lebih menjaga yang itu," ujarnya yang dalam masa sama turut tidak mahu menimbulkan rasa k£kok di antara mereka selama ini kerana masih perlu berurusan mengenai anak-anak.

Malah, jelas Adira lagi, dia juga menyerahkan kepada kakaknya iaitu Emma Suhaimi untuk berurusan dengan bekas suaminya itu.
"Kami pun sudah bawa haluan masing-masing, saya tahu kalau bal@s balik pusing-pusing akan tengok juga. Besok dia akan datang rumah tengok anak. Saya tak nak jadi k£kok, saya boleh hadap dengan buat tak tahu saja.

"Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia, kami depan-depan okay saja. Tapi bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya urus," luahnya.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red pernah berkahwin pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia 3 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: