"Tarikh yang tetap belum ada lagi tapi Insya-Allah tahun depan. Alhamdulillah, doakan yang baik-baik buat saya."
Demikian tutur Tiz Zaqyah, 37, dimana pelakon itu berkongsi khabar gembira dia kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya.
Jelas Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, dia dan bakal suaminya itu masih belum menetapkan sebarang tarikh rasmi majlis perkahwinan, namun dijangka majlis tersebut berlangsung tahun hadapan.
Dalam pada itu, kongsi Tiz lagi, bakal suaminya itu merupakan kenalan lama yang dikenalinya sejak kecil dan dia itu bukan individu dalam industri seni, sebaliknya merupakan adik kepada seorang pelakon tempatan.
"Dia orang teman saya, kami pun kenal dari kecil, darjah satu macam itu. Itu yang saya rasa jodoh tu datang pada waktu paling cantik Allah bagi dekat kita.
Klik untuk gambar besar
Maklum pelakon itu lagi, hubungan mereka juga mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga, memandangkan masing-masing sudah saling mengenali sejak sekian lama dan tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.
Tiz bagaimanapun berkata, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi secara terperinci identiti lelaki berkenaan.
"Keluarga dua-dua belah pihak pun kenal antara satu sama lain dan Alhamdulillah mereka terima hubungan kami ini. Lagipun rumah keluarga pula satu taman, jadi senanglah.
"Bukan tak nak dedahkan siapa dia, tapi saya risau dengan penyakit ain sekarang. Buat masa ini cukuplah saya kongsikan ini sahaja," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment