10 November 2025

DAKWAAN TUNTUT RM5 JUTA DARIPADA MENANTU - IBU MENTUA NUBHAN TAMPIL NAFI, BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENY£BAR FITN4H



"Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka. Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar."

Demikian ujar ibu mentua kepada penyanyi Nubhan iaitu Zailah Zainudin, 62, yang tampil men£gaskan, dia tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anak sulungnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek diceraikan.

Berhubung dakwaan itu, Zailah yang berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di media sosial miliknya, berkata, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang meny£barkan fitn@h dan menc£markan nama baik keluarganya.

Malah, Zailah meluahkan rasa terkil@n apabila nama keluarganya dia1bkan menerusi pelbagai t0hmahan di media sosial dan kerana itu, dia sudah melantik peguam bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran yang berunsur fitn@h serta mengenal pasti langkah undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak yang meny£barkan maklumat palsu.

Tambah Zailah yang juga bekas pensyarah itu lagi, tindakan tersebut diambil bagi melindungi maruah dirinya serta keluarga terutama ketika mereka sedang melalui ujian peribadi, selain juga sudah tidak mampu berdiam diri selepas pihak tertentu didakwa sengaja mahu mem@lukan dan menginjak maruah keluarganya.

"Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitn@h. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang meny£barkan maklumat palsu serta menc£markan nama baik saya dan keluarga.

Klik untuk gambar besar

"Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus meny£barkan fitn@h, saya mohon hentikanlah peny@baran cerita yang tidak pasti kebenarannya.

"Jangan menambah luk@ dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitn@h dan kata-kata yang meny@kitkan," jelas Zailah yang juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata p0sitif sepanjang anak itu menghadapi kem£lut rumah tangga dengan Nubhan.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui," katanya.

Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan meng£jutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan k£s pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.

Namun, ketika k£s di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya itu diceraikan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: