"Saya tinggal bersama ibu bapa saya di sana (Singapura). Alhamdulillah mereka masih sihat walaupun sudah berusia. Ada hikmah sebab saya dapat luangkan masa dengan mereka sekarang.
"Kadang-kadang kita adik-beradik sibuk, jadi tak banyak masa untuk berkumpul. Tapi bila saya di sana, saya dapat luangkan masa. Kadangkala saya main boling dengan ayah sampai pukul 1 pagi semata-mata nak habiskan masa dengan mereka."
Demikian kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, 34, dimana dia kini memilih untuk fokus kepada kebahagiaan kedua ibu bapanya yang menetap di Singapura selepas terpalit dengan kontr0versi.
Dalam pada itu, Aliff berkata, setiap ujian yang datang membawa hikmah tersendiri apabila dia kini diberi peluang untuk menjaga serta meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapanya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, akui Aliff, dia kini lebih berhati-hati agar tidak mengulangi kesil@pan sama selepas pernah meny£sal kerana tidak memberi sepenuh perhatian kepada ibu bapanya suatu ketika dahulu.
"Bila ibu bapa kita dah berada di peringkat umur ini, saya tak nak ada peny£salan itu. Saya pun manusia biasa, banyak juga peny£salan dalam hidup terutama melibatkan ibu bapa," jelasnya yang turut berkata, apa yang penting ketika ini adalah memperbaiki diri dan menggunakan masa yang masih ada untuk menggembirakan mereka.
"Apa yang keluarga saya sudah lalui itu tak boleh patah balik, tapi saya boleh fokus kepada masa depan. Saya nak jadi lebih baik, luangkan masa dengan mereka, dan cuba kotakan apa yang mereka suka.
"Insya-Allah, saya harap dengan apa yang saya buat ini, Allah permudahkan urusan dan rezeki saya," ujar Aliff yang pernah menjadi bualan hangat apabila ditangk@p berkhalw@t bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac tahun lalu selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Susulan daripada kontr0versi itu, rumah tangga Aliff bersama pelakon dan penyanyi Bella Astillah berakhir dengan perceraian apabila mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Pasangan ini yang dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna, sebelum itu pernah bercerai kali pertama pada 16 Mei 2019, sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment