12 November 2025

DITAWAR RM1,400 UNTUK NYANYI DUA LAGU - ARIFF BAHRAN LUAH RASA KEC£WA : "DUDUK DALAM PEJABAT DALAM SEHARI SAHAJA AKU BOLEH BUAT LAGI BANYAK KEUNTUNGAN..."



"Dua lagu untuk RM1,400. Aku nak makan apa? Ini yang membuatkan aku tak mahu menyanyi. Dulu Alhamdulillah aku pernah dapat RM25,000 dalam tujuh atau lapan tahun lepas. Masa itu pun aku masih bujang dan market masih ada."
Demikian ujar penyanyi Aliff Bahran, 27, dimana dia meluahkan rasa kec£wa apabila mendakwa menerima tawaran bayaran terlalu rendah untuk khidmat nyanyiannya.

Ariff yang meluahkan perkara itu menerusi satu video, berkata, dia ditawar sebanyak RM1,400 untuk menyanyikan dua buah lagu berbanding lapan tahun lalu dia pernah ditawar RM25,000.

Tambahnya lagi, dia meraih lebih banyak keuntungan dengan kerjayanya yang hanya duduk di pejabat, berbanding menyanyi.

Dalam pada itu, Ariff turut menitipkan pesanan kepada anak muda untuk mencari pendapatan berbanding mengejar populariti.

"Duduk dalam pejabat dalam sehari sahaja aku boleh buat lagi banyak keuntungan berbanding bernyanyi di luar sana

'Untuk penyanyi-penyanyi baru yang nak menyanyi di luar sana, adakah anda pasti? Habiskan masa muda anda dengan berniaga daripada kejar glamour," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: