"Alhamdulillah, Najwa dan saya dengan penuh kesyukuran ingin berkongsi bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11 November 2025.
"Tarikh yang lebih istimewa kerana ia juga menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga."
Itulah kata suami kepada penyanyi Najwa Latif, Akwa Arifin, dimana dia memaklumkan isterinya itu selamat melahirkan cahaya mata pertama semalam iaitu 11.11.25.
Lebih istimewanya, tarikh kelahiran anak pasangan ini j@tuh pada ulang tahun perkahwinan mereka.
Akwa yang berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial miliknya hari ini, bagaimanapun tidak mendedahkan jantina bayi mereka.
Dalam pada itu, Akwa turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.
Klik untuk gambar besar
Pada Disember tahun lalu, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latiff, 30, mendedahkan mengalami keguguran hanya selepas lima minggu disahkan hamil.
Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu 'Cinta Muka Buku' itu, dia dan suami enggan berkongsi berita sedih tersebut di media sosial, namun memerlukan doa orang ramai untuk berdepan ujian tersebut.
Untuk makluman, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment