16 November 2025

"HARAPAN ITU SANGAT TIPIS (BAWA ANITA SARAWAK JAYAKAN KONSERT GENKRU THE FINALE)... SEKIRANYA BERJAYA, ALHAMDULILLAH..." - NOOR KUMALASARI



"Saya sebenarnya baru dapat tahu benda ini (tawaran KRU kepada Anita Sarawak) semalam (kelmarin). Saya doakan yang terbaik buat mereka kerana mengenali Kak Nita, jika dia kata tidak, maka tidaklah.

"Sebab dia nak menjalani kehidupan normal macam kita-kita biasa kan... tiada lagi glamour, dia nak jadi isteri yang baik. Memasak untuk suami dan sebagainya. Tiada lagi kehidupan glamour. Jadi memang dia takkan datang.

"Harapan itu sangat tipis. Saya tak salahkan dia sebab kita nak menjalani kehidupan normal sekarang. Sekiranya berjaya, Alhamdulillah... bermaksud penganjur itu memang hebat?"

Itulah ujar penyanyi dan pelakon, Noor Kumalasari, 69, ketika mengulas kemungkinan kakaknya, Anita Sarawak bakal pulang ke Malaysia yang difahamkan bertujuan menjayakan Konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 22 November ini.

Klik untuk gambar besar

Noor Kumalasari atau nama penuhnya, Noor Kumalasari Mohamed Taib, yang mengenali kakaknya itu menyifatkan Anita adalah seorang individu yang berpendirian t£gas.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Adik Manja' ini berkata, situasinya sama seperti artis Hollywood yang juga memilih menjalani kehidupan biasa apabila semakin berusia.

"Kak Nita dekat sana (Amerika Syarikat) okay, sihat. Kami berbual-bual pun sekali dalam setahun iaitu semasa Hari Raya. Bila kita adik-beradik berkumpul, kami akan hubungi dia. Itu sahaja.
"Kalau kata nak pergi jumpa dia, kat mana? Dia bukan ada rumah macam dulu sebab sentiasa berpindah. Dia buat 'property business', yang saya tahulah. Jadi dia dengan Abang Mahathir bergerak ke mana-mana," katanya.

Terdahulu, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang memaklumkan, pihaknya sedang berusaha menerbangkan Anita untuk beraksi dalam Konsert GenKRU The Finale: One More Time.

Jelas Iman lagi, pihaknya masih dalam pr0ses rundingan bersama wakil penyanyi lagu 'Seksis' itu yang kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat sejak 2011.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: