Seorang wanita yang dipercayai kekasih kepada Ben Amir yang dikenali sebagai Maiya telah memeluk agama Islam dan momen tersebut telah dikongsikan pelakon itu menerusi media sosial miliknya.
Dalam perkongsian itu, Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 35, turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat kekasihnya yang berasal dari Filipina itu.
"Selamat datang ke agama Islam. Luangkan masa anda, belajarlah perlahan-lahan, nikmati keindahannya, dan ketahuilah bahawa anda tidak pernah keseorangan.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada hantaran gambar dan video tersebut, lafaz dua kalimah syahadah itu berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kuala Lumpur.
Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial milik Maiya pula, dia telah meluahkan rasa syukur apabila urusan tersebut berjalan lancar.
"Alhamdulillah untuk permulaan yang baru ini. Bersyukur atas segala kasih sayang dan kehadiran di hari istimewaku," ujarnya ringkas.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Maiya terus kekal istiqamah dalam mendalami Islam.
Malah, ada juga yang berpendapat Ben dan Maiya bakal melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.
"Alhamdulillah. Moga ditetapkan iman dan dipermudahkan urusan."
"Tahniah Ben, ini macam dah one step closer!"
"Bimbing Maiya dengan baik dan semoga urusan ke fasa seterusnya dipermudahkan," antara kata-kata yang ditulis netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment